Hari Ketiga... (sambungan #9)


Rumah Makan Ciganea




Di Kota Bandung ini agak cepat gelap berbanding waktu di Malaysia.. dalam pukul 6.15 petang dah masuk waktu Maghrib.

Selesai sahaja berehat, solat dan bersiap-siap, kami bercadang untuk makan malam disekitar hotel sahaja.

Restoran ini pun hanya terletak selang beberapa buah rumah sahaja dari hotel kami. Nampak menarik dan kami pun tertarik..

Nak cuba makanan Sunda pula..


Waktu melihatkan menu nie.. dengan hanya membaca pada nama jenis makanan, agak pening juga kepala kami nak pilih apa yang nak dimakan, sebab tentunya tak faham dan tak dapat nak gambarkan apa yang mereka serve disini.


Melihatkan kebuntuan kami ketika itu, maka pelayan restoran yang sangat peramah dan baik hati lagi cerdik (hampir kesemua pekerja restoran ataupun gerai sangat baik dan lemah lembut dalam berbicara) memberi suggestion...

"apa kata kami hidangkan semua hidangan yang ada.. mana yang dimakan sahaja yang mahu dibayar.."

wahh bagusnnya la kan?? kami pun terima dengan hati yang gembira.

Sepantas kilat pelayan disitu menghidangkan hampir kesemua menu utama di situ.



Waktu sampai tu, agak terkedu sekejap melihat lauk pauk yang dihidangkan, samada digoreng garing kering, ataupun nampak seperti air rebusan sahaja..

Biasanya untuk kami, mesti ada satu menu gulai.. atau sekurang-kurangnya sup yang nampak meriah..

tapi disini nggak ada yang sebegitu nampaknya..

kami terdiam tapi kami tetap nak cuba, sebab kalau travel nak harapkan lauk pauknya sama macam kat rumah, memang tak yah travel la kan.. (hehe)



Tapi kan.. bila kami mula makan suapan pertama.. Masya Allah.. sedapnyer!

Seriously.. memang sedap!

Lauk umpama air rebusan tu sedap benar rupenyer.. maka, kami makanlah dengan gembira..

Ibu kesayangan ada mencuba lauk limpa goreng yang idhidangkan tu, kata beliau, "sedapnyee Elinnn" sampai habislah dua ketul sekaligus. (cadangnya nak makan seketul jer)

Dipendekkan cerita, kami makan dengan gembira..

Alhamdulillah, selepas dah abis dinner.. sambil tunggu Ibu kesayangan yang masih seronok makan, . kami melihat sekitar restoran untuk mengambil gambar...


Ada pulak vespa yang cun diletakkan di bahagian hadapan depan restoran Ciganea, tersangatlah klasik..

 

Kami ingatkan ianya diletakkan sebagai display untuk tarikan pengunjung.. rupa - rupanyer kepunyaan tauke dan diparking disitu waktu ke kedai.. 


Apabila selesai sahaja makan.. ada agenda seterusnya untuk malam terakhir disini..

Kami ingin ke Cascade semula.. (hehe)

Kami nak sambung cari baju untuk Iman Hazim yang dalam bajet RM11 untuk sepasang tu.. 

Yup.. RM11 sahaja dan so far kami dah dapat cap Calvin Klien, (t-shirt dan jeans sepasang), Gap, dan beberapa jenama yang terkenal.

Saat sampai sahaja.. kami terus meluru ke bahagian baju kanak-kanak khusus untuk budak lelaki.. Alhamdulillah.. dapat lagi beberapa baju pada harga patut.. 

Sempat mak dan Papa Tot bergambar sebelum masuk.. cantik tak cantik dan kelas tak kelas la kan exterior Cascade nie kan.. tapi harga barangan die memang lebih kelasss.. macam beli di Pasaraya sahaja.. (hehe)



Kebanyakkan FO akan ditutup lebih kurang dari pukul 9.30 ke 10 malam.. jadi ada kelebihan bagi menginap berdekatan dengan FO sebabnya... boleh shopping last minute macam kami.


*****

Usai bershopping kami terus balik n berehat..

waktu nie mmang terasa letih sesangat.. (amboi dah habis bershopping baru terasa letih yea..)

Sambil layan rancangan TV Indonesia yang best - best, sambil mengemas barangan yang berjaya di'tuai' di Kota Bandung

Dalam rasa takdela giler membeli - belah, rupa-rupanya tak hinggat banyaknya..

waktu nie barulah datang pening kepala dok fikir macam mana nak simpan barang- barang tu,  nasib baik kami ada bawak extra bag..

Tips kepada yang memang target berjalan sambil bershopping.. bawak la sebanyak mana beg extra sekali dalam beg pakaian tu.. sebabnya kalo tak guna takper.. tapi kalaulah tak cukup bag waktu last tu.. agak leceh nak mencari beg extra atau anda terpaksa hand-carry barang-barang tu....

Kami bawak beg yang boleh dilipat tu.. tapi bila dibuka jadi beg balik kampung. Lebih kurang dalam gambar nie..



Agak senang la.. bila nak pakai kita guna, kalau tak tersimpan pun tak guna ruang yang banyak.

Selesai menyimpan kesemua barangan, maka malam tu kami pun tidurlah cepat.. seronok sebab esok nak balik dah..

Lihat sambungan Percutian ke Bandung, Indonesia. #11